HAPPY 3rd BIRTHDAY BLOG

gambar header blog ambik masa cuti sem hari tu, masa lepas balik dari kenduri kat rumah kalie. alang2 pakai baju kurung kan, melaram la terus untuk blog haha. baju kurung favorite tu tapi sekarang dah singkat sikit. sedih.

boleh terlupa hari ni birthday blog. sibuk dengan exam kan. selalu nya kalau 12januari memang aku tukar theme tapi tak sempat. nanti cuti sem la kita tukar ok blog? biasanya memang ambik masa 3 hari 3 malam untuk siapkan 1 theme blog, so tunggu cuti la. paper tak habis lagi.

happy birthday blog! sayang blog sangat2. tempat aku luahkan isi hati sesuka hati aku.memang semua aku update dalam blog la. study, komander, sains, lepak, family, vacation, what i like, love, my favorite, current issue, my dream, my wish..siapa yang baca blog aku ni memang dia tau la pasal aku, kecuali isu cinta la sebab tak pernah kot aku update apa2 pasal tu. aku kan single club, mana boleh layan jiwang *takbolehblah* haha. pasal family pun jarang sebab aku tak berapa suka dedahkan hal family dengan orang, even dengan kawan2 pun aku secretive sikit when it comes to family. aku takut orang tafsir benda tak baik pasal family, that's why sebab nak elak benda tu, aku jarang buka mulut pasal family. sampai ada orang yang lama kawan dengan aku ingat aku ni anak tunggal haha. ingatkan tak ramai yang baca blog aku, tapi lama2 baru tau yang ada readers, even dalam kalangan kawan2. ingatkan kawan2 rapat je baca. & lama2 aku dapat detect orang2 yang stalk blog aku ni. haha. terima kash la sebab sudi baca blog ntah hape2 ni. keep reading :p

my first entry was this one. kalau tengok cara aku blogging dari dulu sampai sekarang memang berubah. kalau baca entry older memang malu sendiri haha. alhamdulillah follower cecah 300+ & blogpage like 140+ terima kasih la sebab sudi follow & like :) & macam biasa, basicly dalam blog ni aku memang update pasal kenangan2 kat campus, bff & family. kadang2 ada gak la kan entry info & fact. this is my personal blog. pasni seiring dengan umur yang makin tua, aku nak la explore kan blog aku dengan benda2 yang berfaedah sikit. dulu masa mula2 blogging memang suka guna theme yang fancy. tapi now stick dengan yang simple je. aku tak suka pakai short form kalau blogging, & TAK SUKA baca blog yang short form, panjang berjela kronologi cerita dia, banyak gadget & lagu bising. lagu plak dulu pernah guna lagu lain, update dengan perkembangan semasa muzik tapi rasanya dah dua tahun lebih guna lagu river flows in you, my very favorite song ni. and memang tak akan tukar lagu ni sampai bila-bila.

reason aku blog ni sebab suka. suka menulis. suka share pengalaman & kenangan yang tak seberapa. suka blogwalking kat blog orang lain. dapat tengok cara setiap orang blogging memang berbeza. blog ni medium yang baik untuk 'belajar' pasal kehidupan dengan cara yang santai dari baca pengalaman orang. dan dapat infor * ilmu jugak kalau entry yang factual tu. insyaALLAH aku akan teruskan blogging and i hope maybe lepas ni boleh jadi blogger yang lebih baik dan berfaedah yet fun. keep on blogging blogger. sharing is caring!

happy birthday again blog. thank you sebab ada dengan aku setiap sukar duka hidup ni :) tak ada idea sangat nak coret apa untuk birthday blog tahun ni sebab masih dalam minggu exam. tadi pun baru balik meeting. paper tinggal lagi 1, itupun minggu depan so decide nak balik labuan esok. nak rehat. penat la sleepless & stress tapi bukan dapat jawab dengan baik pun. nasib la budak pemalas kan? haha. goodnite & love you blog!