20 years old.

im 20 years old.
weight 48kg.
degree student.
happy single lady.
im awesome!

happy birthday yuni. dah besar dah. dah tua dah. dah 20tahun. tinggi mana ilmu kau? banyak mana pahala kau? kualiti mana solat & tajwid kau? sejauh mana kualiti mentaliti kau? kelas pertama? kedua? ketiga? *sigh* tak apa la. aku bangga dengan kau sebab semangat nak belajar, semangat nak berubah tak pernah putus dalam diri kau. dari kau kecik sampai dah masuk U ni, kau selalu nak berhijrah dan belajar. tu sikap paling berharga dalam diri kau. alhamdulillah. biarpun kau mengeluh. biarpun merangkak tak kuat berlari macam orang lain. tapi ingat, selagi kau nak selagi tu ALLAH tolong. insyaALLAH. letakkan keredhaan padaNYA selalu. dah dua dekad hidup. tak ada apa yang boleh di banggakan. yang ada just kesederhanaan. and having a fluctuated reputation membuatkan kau belajar untuk berjaya dan gagal. menangis dan ketawa. bersyukur dan tak puas hati. despite all these things im super happy with my life. super happy. syukran ya ALLAH. terus kejar ilmu. terus kejar pahala. terus berhijrah. jangan asyik nak ingat dunia je, tingkatkan kualiti agama. solat dan quran! jaga hubungan dengan manusia. jaga hubungan dengan makhluk lain. semoga dapat capai impian untuk jadi great malay muslimah. jadi la wanita yang bijak. wanita yang solehah. wanita yang beriman. wanita yang bersyukur. wanita yang sopan. wanita yang cantik hatinya, macam hati mama. hati mama cantik. semoga apa yang kau plan berjaya, atau mungkin dapat lebih. hmmph. tak sabar nak tau takdir dan rezeki untuk future akan datang. just do your very best and let ALLAH handle the rest.

syukur dapat mama & abah yang sangat sporting memahami dan tegas. dorang la BFF dorang la inspirasi. dorang la nyawa dorang la kekuatan diri ni untuk hidup. semoga dapat balas jasa mama & abah. kejayaan bukan untuk kau je tapi untuk dorang gak yuni. jangan kecewakan mereka. tebus kekecewaan yang lepas. tak banyak yang dorang nak selain jadi anak yang solehah dan berjaya. love you mama abah. terima kasih sebab jaga nini dari kecik sampai dah tua. dah 20tahun, walaupun anak sulung tapi mama abah selalu manjakan nini dan bagi kehidupan yang terbaik. walaupun nini degil, banak kerenah, keras kepala, keras hati, but you guys always there inside me. tunggu nini habis belajar then nini jaga mama abah leen aina & ayie. that's my promise =')

dah 3tahun sambut birthday dengan exam. 2008 SPM, 2009 MUET, 2010 physic diploma paper. 2011? wait until next entry =D

nota kaki :: semoga harimau malaya menang menentang thailand dalam sukan sea esok. main elok2 on my birthday ni ok!! all the best tigers!