Tumblr Blogger SCM Music Player

ceritera di gunung kinabalu_kembara part3

alhamdulillah.. selepas 12tahun berhijrah ke labuan/sabah, at last dapat gak jejak kan kaki ke gunung kinabalu. walaupun malas buat training hehe, xsangka sampai jugak. bukan senang, sakit gila kaki. at first naik 6KM ke laban rata, tempat penginapan.cuaca sejuk tp masih boleh tahan. banyak kali gak stop utk save energy & utk KM yg ke5 aku jalan sorang2 je sbb terpisah dgn kawan. nasib ada pacik macik jepun hehe.

sampai laban rata dlm jam3,check in & then tunggu kawan2 yg lain sampai. pastu makan banyak2 di samping xberhenti ambik gambar dan menggila sesama sendiri memandangkan bilik semuanya dekat2. malam tu tidur awal, & jam 2pagi we all bangun utk teruskan perjuangan sampai ke puncak!

jalan ke puncak, sgt mencabar. sbb semuanya batu & curam gila! mula2 aku climb dgn beberapa org kawan tapi mcm biasa terpisah gak & aku follow je abg2 petronas yg ada kat depan & at last dapat jumpa dona, bebeh & alecia(semua roomate kat laban rata). 1 masalah besar masa naik ke puncak ialah sesak nafas & hingus. bila sesak nafas, pening2, bila pening nak muntah. itu yg menganggu kami.

banyak kali gak stop makan coklat & minum & kami 4orang dapat sampai ke puncak jam4.55 pagi. iaitu mengambil masa sebanyak 3jam utk 2.5KM tu. alhamdulillah. masa kat puncak tu menggigil gila aku xtau mcm mana nak explain sejuknya. 6orang siswa kami dah sampai awal jam430, so memandangkan terlampau sejuk, kami decide utk turun.

kami decide utk tunggu kawan2 yg lain kat bawah sikit, kat situ xsejuk sgt. tp just 5orang je yg tunggu yg lain decide utk terus ke KM ke 8. so aku dgn member 4orang ni pun bergila la kat sana yg gelap2 & tidur2. ngantok jo! lepas dah nampak matahari naik sikit sesi penggambaran bermula sampai habis bateri camera. sanggup plak aku buka segala wind breaker & sweater semata2 nak tayang baju batalion.

sayangnya, bukan semua kawan2 dapat naik ke puncak. ada yg xlarat. penat je kami tunggu 1jam sbb nak gambar dgn dorang. xpe la. lepas tu, kami turun ke laban rata utk sarapan & check out. masa turun tu curam gila, macam2 posisi kami buat utk turun dgn selamat haha.

apa yg aku rasa, between naik & turun, turun la paling SAKIT. sbb masa turun, xboleh banyak berhenti atau perlahan. sbb itu akn me-cramp-kan kaki. seeloknya jalan laju atau lari lompat2 ke apa. alhamduillah jam 1245 sampai & terus p lunch & tunggu kawan2 yg lain turun sampai jam3. bangas kami tunggu sambil menahan kesakitan kaki.

sepanjang kami naik & turun, xhabis2 selisih dgn tourist. yg lawaknya, masa balik tu banyak tourist ingat aku & dona askar. sbb kami pakai baju batalion haha. & dorang semua friendly, walaupun penat tp kalau selisih, mesti say halo, gambate, caiyok2, koniciwa dan sebagainya.

yuni & dona, komander kembara^^

kesimpulan dari karangan saya di atas, mendaki gunung kinabalu yg menjadi impian saya merupakan aktiviti campus yg paling manis pernah saya sertai walaupun saya terpaksa bayar banyak sbb saya org semenanjung yg xdapat sabahan rate. & saya amat kagum dan tidak terkata2 dgn ciptaan ALLAH yg sgt cantik, unik & indah mata memandang sehinggakan saya rasa xnak balik je.